Akaun anjungbudi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PENUHI IBADAH DENGAN:

MISI BANTU ASNAF DI BULAN RAMADAN


(Niatkan pahala ini untuk diri & orang tersayang)

“Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara mendadak, aku kira bila dia sempat berbicara pasti beliau bersedekah, lalu apakah ada pahala baginya jika aku bersedekah atas namanya? Beliau menjawab: “ya”. Bersedekahlah atas namanya.”

(HR. Bukhari dan Muslim)




Impak PKP masih lagi mengesani ramai golongan asnaf. Bagi golongan asnaf yang kehilangan sumber pencariaan kehidupan sehari-harian ibarat cabaran yang begitu sukar untuk mendapatkan sesuap nasi.

Ramadan menjelma lagi. Barangan asas di dapur kian habis. Dengan kekurangan wang, mereka tak dapat lakukan persiapan berbuka atau menyambut syawal dengan sempurna.

Di bulan Ramadan ini kami tidak ingin ada antara saudara-saudara kita yang laluinya dengan kesedihan & cabaran. Ini adalah tugas kita semua tuan/puan untuk membantu mereka.

Bukanlah seorang Muslim sekiranya dia dalam kekenyangan sedangkan jiran di sebelahnya kelaparan
[HR Baihaqi]







Projek Santuni Ramadan anjuran Anjung Budi akan mensasarkan bantuan sebanyak RM 50,000 untuk diagihkan kepada:


➡️ Golongan Asnaf
➡️ Ibu Tunggal
➡️ Warga Emas
➡️ Golongan OKU
➡️ Golongan warga emas
➡️ Rumah Perlindungan Anak Yatim
➡️ Rumah Perlindungan Pesakit

Bantuan ini akan terdiri barangan asas seperti beras, kicap, telur, minyak masak & kurma, susu & lampin untuk anak. Setiap satu pakej itu berharga RM 100.00

InshaAllah sumbangan ini akan memberi keringanan kepada golongan asnaf untuk menyediakan juadah berbuka buat keluarga.



MARI NIATKAN PAHALA AMAL INI UNTUK ORANG TERSAYANG SEPANJANG RAMADAN

Sesungguhnya Ramadan ini adalah bulan keberkatan & bulan pahala amal digandakan oleh Allah SWT. Mari kita mengambil peluang melazimi sedekah di samping melakukan ibadah-ibadah lainnya. 

Mungkin ada antara orang-orang terdekat kita tidak sempat lagi untuk menyambut Ramadan tahun ini.

Jadi dengan kesempatan diberikan Allah SWT untuk menyambut Ramadan tahun ini mari kita mewakafkan pahala sedekah yang cukup besar ini bukan sahaja untuk diri malahan untuk orang-orang tersayang.

Lot sumbangan adalah seperti berikut:

✅ TAJA 100 KELUARGA : RM 10,000.00

✅ TAJA 10 KELUARGA : RM 1000.00

✅ TAJA 5 KELUARGA : RM 500.00

✅ TAJA 1 KELUARGA : RM 100.00

✅ PAKEJ MINIMUM : RM 30.00

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan/puan yang sudi menyumbang, semoga pahala amal ini dilipatgandakan oleh Allah khusus di bulan Ramadan yang mulia ini Amin YRA