Akaun anjungbudi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
AKHIRI RAMADAN DENGAN KEMENANGAN IBADAH




"Misi Bantuan Besar-Besaran Anjung Budi"




Siapa Kami & Apa Yang Kami Lakukan Untuk Asnaf



Anjung Budi merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 5/11/2019 bagi menyantuni golongan yang memerlukan berfokus di kawasan sekitar Bangi & Kajang, Selangor.

Alamat kami adalah di:

No. 5, Jalan Melor 13, Taman Sri Melor, 43000 Kajang, Selangor



Pengalaman Kami Sepanjang Menyantuni Asnaf

Sepanjang dua tahun beroperasi telah banyak golongan asnaf, ibu tunggal dan OKU yang telah kami bantu.

Namun sejak negara dilanda wabak pandemik tahun lalu 2020 sehingga berlanjutan ke tahun ini 2021 keadaan semakin memburuk buat para asnaf ini. Kehilangan sumber pendapatan, dibuang kerja dan kehabisan wang simpanan merupakan perkara yang biasa terjadi saban hari.




"Bayangkan ada antara mereka yang hanya mampu memberi anak
minum susu tin & air lebihan bubur"




Impak Pandemik masih lagi mengesani ramai golongan asnaf sungguhpun pelbagai sektor kini dibuka.Ramadan menjelma lagi. Barangan asas di dapur kian habis. Dengan kekurangan wang, mereka tak dapat lakukan persiapan berbuka atau menyambut syawal dengan sempurna.


Di bulan Ramadan ini kami tidak ingin ada antara saudara-saudara kita yang laluinya dengan kesedihan & cabaran. Ini adalah tugas kita semua tuan/puan untuk membantu mereka.

“Bukanlah seorang Muslim sekiranya dia dalam kekenyangan sedangkan jiran di sebelahnya kelaparan”

[HR Baihaqi]



Kami Ingin Mengajak Anda Raih Saham Pahala Dengan Bantu Golongan Asnaf




Projek Santuni Ramadan anjuran Anjung Budi akan mensasarkan bantuan sebanyak RM 50,000 untuk diagihkan kepada:

➡️ Golongan Asnaf
➡️ Ibu Tunggal
➡️ Warga Emas
➡️ Golongan OKU



Butiran Sumbangan Adalah Seperti Berikut

 Beras  Tepung  Gula & garam Kicap 

✅ Biskut Sardin Minyak Masak  Susu Tepung & Lampin







Bantu Satu Keluarga Dengan Hanya RM 30





Buat Pengetahuan Tuan/Puan satu pakej barangan asas ini untuk sebuah keluarga adalah RM 100.00 manakala satu pakej barangan asas bersama susu & lampin adalah sebanyak RM 150.00, namun kami memberi keringanan untuk tuan /puan menaja sebahagian set ini dengan hanya RM 50.00

Prinsip kami mudah, sesiapa pun boleh beramal dengan pakej bantuan ini.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya",
(Surah Al-Zalzalah, ayat 7)


InshaAllah sumbangan ini akan memberi keringanan kepada golongan asnaf untuk menyediakan juadah berbuka buat keluarga.





Bagaimana Untuk Melakukan Sumbangan



Lot sumbangan adalah seperti berikut:

✅ TAJA 100 KELUARGA : RM 10,000.00

✅ TAJA 10 KELUARGA : RM 1000.00

✅ TAJA 5 KELUARGA : RM 500.00

✅ TAJA 1 KELUARGA : RM 100.00

✅ PAKEJ MINIMUM : RM 30.00


Sesungguhnya Ramadan ini adalah bulan keberkatan & bulan pahala amal digandakan oleh Allah SWT. Mari kita mengambil peluang melazimi sedekah di samping melakukan ibadah-ibadah lainnya. 

Mungkin ada antara orang-orang terdekat kita tidak sempat lagi untuk menyambut Ramadan tahun ini.

Jadi dengan kesempatan diberikan Allah SWT untuk menyambut Ramadan tahun ini mari kita mewakafkan pahala sedekah yang cukup besar ini bukan sahaja untuk diri malahan untuk orang-orang tersayang.



Tuan/Puan yang berminat menyumbang RM 20, RM 10 atau seikhlas hati boleh salurkan ke akaun:

Pertubuhan Anjung Budi Selangor
562263550045
Sila letak refference : "Santuni Ramadan"