Akaun anjungbudi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


BERKONGSI REZEKI MELALUI SEDEKAH IFTAR

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

[Hadis Riwayat Tarmizi]




Alhamdulillah sekali lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia.


Mungkin ada antara kita yang sudah melakukan persediaan seperti

Bertahajud

Mengaji Quran

Berzikir

Bersolat sunat

Bersedekah

 

Namun tahukah tuan/puan ada satu amalan yang ramai antara kita lupa walhal fadhilatnya cukup besar di bulan Ramadan iaitu bersedekah & memberi makan.



Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

 



Tercari-cari agensi untuk anda laksanakan amalan mulia ini. Apa kata anda lakukan sedekah memberi makan ini bersama Anjung Budi.

 

MENGAPA PERLU SERTAI TAJAAN IFTAR BERSAMA ANJUNG BUDI?

Anjung Budi telah menganjurkan tajaan iftar setiap tahun bermula tahun penubuhan iaitu 2018. Sebagai sebuah pertubuhan kebajikan sasaran agihan iftar kami adalah kepada insan-insan yang memerlukan.

 


Justeru, ibadah bulan ramadan pada tahun ini cukup bermakna jika tuan/puan melakukan bersama kami kerana selain

mendapat pahala memberi makan sebagai mana yang diriwayatkan hadis tuan/puan akan mendapat pahala membantu mengisi perut asnaf yang kelaparan.







 

Agihan Iftar ini akan diagihkan kepada 


Perniaga Kecil terjejas pendapatan

Golongan B40 yang kehilangan pekerjaan

Ibu Tunggal

Golongan OKU



 

“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin  hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” 

(HR. Thabrani).

 

Makanan iftar yang kami taja adalah berkualiti tinggi & mengenyangkan. InshaAllah ia mampu mengenyangkan perut asnaf yang kelaparan. 

Alhamdulillah tahun lepas kami telah mengagihkan iftar kepada lebih 2000 individu & keluarga.

InshaAllah kami tahun ini perlukan sambutan yang lebih menggalakkan dari anda kerana kami mensasarkan lebih ramai insan yang mendapat tajaan iftar

 

MARI NIATKAN PAHALA AMAL INI UNTUK ORANG TERSAYANG SEPANJANG RAMADAN



Sesungguhnya Ramadan ini adalah bulan keberkatan & bulan pahala amal digandakan oleh Allah SWT. Mari kita mengambil peluang melazimi sedekah di samping melakukan ibadah-ibadah lainnya. 


Mungkin ada antara orang-orang terdekat kita tidak sempat lagi untuk menyambut Ramadan tahun ini.


Jadi dengan kesempatan diberikan Allah SWT untuk menyambut Ramadan tahun ini mari kita mewakafkan pahala sedekah yang cukup besar ini bukan sahaja untuk diri malahan untuk orang-orang tersayang.



Lot sumbangan adalah seperti berikut:


 Taja Iftar (100 orang) : RM 1000.00


 Taja Iftar (50 orang) : RM 500.00


 Taja Iftar (10 orang) : RM 100.00


 Taja Iftar (5 orang) : RM 50.00


 Taja Iftar (3 orang) : RM 30.00



Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan/puan yang sudi menyumbang, semoga pahala amal ini dilipatgandakan oleh Allah khusus di bulan Ramadan yang mulia ini Amin YRA




Tuan/Puan yang berminat menyumbang RM 20, RM 10 atau seikhlas hati boleh salurkan ke akaun:



Pertubuhan Anjung Budi Selangor
562263550045
Sila letak refference : "Taja Iftar"