BERKONGSI REZEKI MELALUI SEDEKAH IFTAR
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
[Hadis Riwayat Tarmizi]
Alhamdulillah sekali lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Mungkin ada antara
kita yang sudah melakukan persediaan seperti
✅Bertahajud
✅Mengaji Quran
✅Berzikir
✅Bersolat sunat
✅Bersedekah
Namun tahukah tuan/puan ada satu amalan yang ramai antara kita lupa walhal fadhilatnya cukup besar di bulan Ramadan iaitu bersedekah & memberi makan.
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ
أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala
seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
Tercari-cari agensi untuk anda
laksanakan amalan mulia ini. Apa kata anda lakukan sedekah memberi makan ini
bersama Anjung Budi.
MENGAPA PERLU SERTAI TAJAAN IFTAR
BERSAMA ANJUNG BUDI?
Anjung Budi telah menganjurkan tajaan
iftar setiap tahun bermula tahun penubuhan iaitu 2018. Sebagai sebuah
pertubuhan kebajikan sasaran agihan iftar kami adalah kepada
insan-insan yang memerlukan.
Justeru, ibadah bulan ramadan pada tahun ini cukup bermakna jika tuan/puan melakukan bersama kami kerana selain
mendapat
pahala memberi makan sebagai mana yang diriwayatkan hadis tuan/puan akan
mendapat pahala membantu mengisi perut asnaf yang kelaparan.


Agihan Iftar ini akan
diagihkan kepada
✅
Perniaga Kecil terjejas pendapatan
✅
Golongan B40 yang kehilangan pekerjaan
✅ Ibu
Tunggal
✅ Golongan OKU
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”
(HR. Thabrani).
Makanan iftar yang kami taja adalah berkualiti tinggi & mengenyangkan. InshaAllah ia mampu mengenyangkan perut asnaf yang kelaparan.
MARI NIATKAN PAHALA
AMAL INI UNTUK ORANG TERSAYANG SEPANJANG RAMADAN
Sesungguhnya Ramadan ini adalah bulan
keberkatan & bulan pahala amal digandakan oleh Allah SWT. Mari kita
mengambil peluang melazimi sedekah di samping melakukan ibadah-ibadah
lainnya.
Mungkin ada antara orang-orang terdekat
kita tidak sempat lagi untuk menyambut Ramadan tahun ini.
Jadi dengan kesempatan diberikan Allah
SWT untuk menyambut Ramadan tahun ini mari kita mewakafkan pahala sedekah yang
cukup besar ini bukan sahaja untuk diri malahan untuk orang-orang tersayang.
Pakej tajaan adalah seperti berikut:
✅ Taja Iftar : RM 1000.00
✅ Taja Iftar : RM 500.00
✅ Taja Iftar : RM 100.00
✅ Taja Iftar : RM 50.00
✅ Taja Iftar : RM 30.00
Kami mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada tuan/puan yang sudi menyumbang, semoga pahala amal ini
dilipatgandakan oleh Allah khusus di bulan Ramadan yang mulia ini Amin YRA
Tuan/Puan yang berminat menyumbang RM 20, RM 10 atau seikhlas hati boleh salurkan ke akaun:
562263550045